Anggap diri penyanyi nombor 1 Malaysia sebab kalahkan BLACKPINK, tontonan MV Aliff Syukri sama dengan bilangan teaser sahaja

Tidak habis satu kontroversi, kini Datuk Seri Aliff Syukri buat kenyataan yang dia adalah penyanyi nombor 1 di Malaysia selepas kalahkan BLACKPINK dengan video muzik terbaru kolaborasi bersama Baby Shima.

Namun apa yang memalukan ialah dia membandingkan muzik videonya itu dengan teaser lagu ‘Pink Venom’ dan bukan dengan muzik video sebenar.

Usahawan berusia 35 tahun itu menduduki tempat pertama dalam carta trending YouTube namun dirampas oleh BLACKPINK usai keluar muzik video mereka yang sudah mendapat 158 juta tontonan.

Jika dibandingkan video muzik Aliff Syukri dan baby Shima masih kekal di takat 1 juta tontonan. Di TikTok seorang lelaki dedah bahawa Aliff Syukri telah melakukan satu kesilapan.

“Bang yang tu teaser saja. Ini baru ‘views’ yang betul. Jangan malukan kita ‘please’,” katanya.

“Itu baru views belum cakap subscriber lagi,” komen netizen di hantaran tersebut.

Terdahulu, akhbar Harian Metro melaporkan Aliff menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi nombor satu negara kerana semua 10 lagu pernah dihasilkannya selama ini sentiasa ‘trending’ di YouTube.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman ketika ditemui berkata, dia mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu kerana memang layak dengan gelaran itu disebabkan pencapaian lagu yang sentiasa ‘trending’ di platform digital.

Baca Juga: “Nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan” – Rozita harap Aliff Syukri padam video gelek

Baca Juga: Menangis, umum undur diri Aliff Syukri tetap lancar lagu dangdut dengan Baby Shima hari ini