‘Apa punya standardlah nilai wakil rakyat di mata BN bila calonkan Jamal Yunos’ – Warganet luah rasa kesal lihat pencalonan BN

  • Post author:

Banyak nama besar yang disingkirkan daripada pencalonan buat parti Barisan Nasional namun yang menyebabkan kemarahan ramai apabila nama Jamal Yunos dicalonkan di Sungai Besar sebagai wakil rakyat untuk ke Parlimen.

Menurut Sinar Harian,  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memaklumkan beliau ditempatkan bagi merebut kerusi Parlimen Sungai Besar.

Isu ini menibulkan kemarahan dikalangan orang muda terutamanya di Twitter. Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dan mengkritik BN kehabisan calon yang ada otak sehingga sanggup menghantar Jamal ke Parlimen

“Apa punya standard lah nilai wakil rakyat di mata BN bila calonkan Jamal Yunos sebagai calon?

Seriuslah Jamal? Memang BN dah tak ada calon ada otak ke sampai kena hantar Jamal ke Parlimen.”

Ramai yang turut bersetuju dengan kenyataan terbabit malah ada yang menimbulkan semula isu Jamal yang pernah ditahan pihak berkuasa Indonesia dan berkongsi artikel dari astro Awani bertajuk ‘Jamal Md Yunos ditangkap pihak berkuasa Indonesia’.

“Generasi sekarang mana tahu, Jamal ni dulu sanggup masuk jalan tikus untuk lari menyelamatkan diri dalam perjuangan Isley.

“Baru perasan dalam artikel tu dia cakap Jamal mabuk, haha. Hidup Melayu”.

Antara komen warganet yang menolak Jamal sebagai wakil rakyat

“Kalau dia ditakdirkan menang. Dia ada peluang ganti Tajuddin, Noh dan Shahidan yang bising dalam Parlimen”.

Antara komen warganet yang menolak Jamal sebagai wakil rakyat

“Aku dah lama kata, kalau rakyat masih tak peduli pasal politik, atau masih lagi tersangkut di takuk “biar teruk, asalkan melayu”, tak mustahil kita akan dapat tengok si Jamal ni jadi PM.”

Antara komen warganet yang menolak Jamal sebagai wakil rakyat

Antara komen warganet yang menolak Jamal sebagai wakil rakyat

Nampak gaya pencalonan dari parti BN mendapat tentangan ramai terutamanya pengundi yang tidak berpuas hati dengan nama yang bakal menjadi wakil rakyat untuk tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

Baca Juga: PRU-15: PKR umum Hasni Abas calon di Parlimen Sembrong

Baca Juga: Kluster menteri terpancung, dinosaur disimpan, Umno bergoncang