Arab Saudi benarkan wanita tunai umrah, haji tanpa mahram

  • Post author:

Golongan wanita kini dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau dipanggil mahram.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan kontroversi yang berlarutan mengenai mahram diperlukan untuk mengiringi jemaah wanita.

Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi pula berkata, wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.

Halabi berkata, keputusan berkenaan sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.

Bekas penasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Faten Ibrahim Hussein berkata keputusan itu memudahkan wanita yang bergelut mencari mahram di tengah-tengah pelbagai kekangan.

Baca Juga: Sanggup tipu orang tua, warga asing jual telefon bimbit palsu dengan harga 1.2 juta rupiah

Baca Juga: Had ahli kumpulan Whatsapp dipertingkat kepada 1,024