Ada petua untuk menghilangkan keletihan badan. Apa kata sebelum tidur, anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.
Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:
1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut
7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.
Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik.
Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.
Baca juga Kambing ni buat gaya ala diva, netizen geli hati binatang pun boleh ‘sombong’
Baca juga Ya Allah besarnya! Gadis kembang tekak lepas jumpa lipas dalam minuman McDonald