Bagaikan hero, seorang kanak-kanak gagalkan percubaan culik

  • Post author:

Bagaikan hero.

Seorang kanak-kanak berjaya menggagalkan cubaan penculikan terhadap kawannya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain bola di padang Sekolah Kebangsaan Jeram Landak, Kuala Lipis, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.15 petang.

Menurut Azli, ibu (pengadu) kepada kanak-kanak yang berjaya membantu menggagalkan cubaan itu telah membuat laporan polis pada 26 September kira-kira jam 1.50 petang.

“Berdasarkan keterangan pengadu, mangsa merupakan kawan anaknya dan kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 petang ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain bola sepak di padang sekolah.

“Suspek dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah, namun nombor pendaftaran gagal dipastikan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Azli berkata, suspek melarikan diri selepas gagal menculik mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana menculik dari penjagaan sah.

Baca Juga: Dihubungi saat akhir, Danial tak sempat siapkan diri sebelum mengacara Gegar Vaganza

Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang