Bagi anjing makan, tindakan lelaki ini dipuji warganet

  • Post author:

Seorang penunggang motosikal memberi makanan kepada seekor anjing di persimpangan lampu isyarat, dipuji warganet.

Bukan sahaja kucing jalanan sahaja yang harus dijaga dan diberikan makan, tetapi haiwan lain seperti anjing juga haruslah diberi makanan.

Baru-baru ini video yang dirakamkan pemandu sebuah kereta itu, tular sekali gus mendapat perhatian netizen.

Setelah melihat anjing itu yang berada di tepinya, lelaki itu mengeluarkan makanan dan memberikan kepada anjing itu.

Beberapa minit kemudian, anjing itu telah memakan makanan itu dengan berselera.

Tindakan lelaki itu membuatkan netizen tersentuh hati dan ada yang mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki.

“Semoga dimurahkan rezeki selalu ya bang,” doa seorang netizen kepada lelaki berkenaan.

Malah, ada seorang lagi netizen yang menyifatkan terdapat bermacam-macam cara untuk kita beramal.

“Kita share rezeki, Allah akan tambah rezeki kita. Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan, murah rezeki abang,” kata netizen itu.

Baca Juga: Van sekolah terbabas, 12 murid cedera

Baca Juga: Kereta hilang kawalan, pelajar kolej maut