Bahaya minum air hujan, profesor ini dedah kawasan terpencil pun tidak terkecuali

  • Post author:

Ada orang suka minum air hujan tetapi pendedahan pakar Sains Alam Sekitar di Universiti Stockholm ini menunjukkan amalan itu sudah tidak selamat lagi tidak terkecuali kawasan terpencil.

Prof. Ian Cousins menerangkan bahawa paras bahan kimia toksik yang dikenali sebagai PFAS sudah melampaui garis panduan terkini menjadikan air hujan di seluruh dunia kini berbahaya untuk diminum.

“Walaupun di kawasan terpencil dan tidak ramai penduduk seperti Antartika dan dataran tinggi Tibet, PFAS yang dicatatkan melebihi paras garis panduan,” katanya dalam satu kajian.

PFAS merupakan bahan perfluoroalkil dan polifluoroalkil yang mulanya ditemukan dalam pembungkusan, syampu rambut atau alat solek.

Walau bagaimanapun, bahan kimia itu kini telah merebak ke seluruh persekitaran, termasuk air dan udara.

Pencemaran PFAS memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan tetapi kesan keseluruhan terhadap kesihatan manusia dan ekologi belum diketahui.

Walaupun terdapat teknologi pembersihan yang boleh membantu membuang bahan kimia itu, ia memerlukan kos yang tinggi dan tidak akan dapat mengekstrak PFAS yang mencukupi untuk memenuhi had keselamatan baharu.

Menurut Cousins dipetik Agensi, tidak banyak perkara yang boleh dilakukan kecuali menunggu selama beberapa dekad.

“Ia akan perlahan-lahan mencair ke lautan. Kita juga boleh menghentikan larut lesap dari tapak pelupusan sampah lama dengan menutup tapak pelupusan sampah dan merawat bahan larut lesap dan memastikan sisa lama dibakar pada suhu tinggi,” kata Cousins lagi.

Baca juga Muslimah bercuti dengan teman lelaki siap duduk sebilik lagi, netizen cakap syaitan pun keliru baca tip

Baca juga Apa ada dengan Gunung Ledang, ini pengalaman orang kulit putih lebih satu abad lampau