Tidak menyangka niat baik menolong rakan dengan menjadi penjamin akhirnya memakan diri apabila diri diisytihar muflis. Man Kidal bagaimanapun akur menerima notis bankrupsi daripada mahkamah.
Rakannya dikatakan gagal melunaskan bayaran pembelian sebuah kereta. Man juga diarahkan untuk melunaskan separuh bayaran berjumlah RM340,000 dan menyediakan surat komitmen untuk bayar setiap bulan.
“Dalam notis tersebut, saya diarahkan melunaskan separuh daripada bayaran penuh berjumlah RM340,000 untuk membersihkan nama. Memang tidak sangka ia berlaku dan saya perlu buat surat menyatakan komitmen untuk membayar setiap bulan seperti yang ditetapkan.
“Dua minggu lalu saya hadir ke Jabatan Insolvensi untuk memohon kelonggaran bagi melepaskan saya ke Jakarta membuat persembahan sempena konsert Kolaboraci Three To Rock, bulan depan.
“Saya masih menunggu maklum balas daripada pihak mereka. Salah saya kerana terlalu mempercayai orang. Selepas dijangkiti Covid-19 dan menjalani pembedahan, ini satu lagi ujian besar yang perlu saya hadapi ,” katanya.
Konsert tersebut menggabungkan nama besar pemuzik tiga negara, termasuk anggota kumpulan XPDC, Lola, Cliff Umar mewakli Malaysia, selain vokalis Love Hunters (Singapura) dan kumpulan BIP, Pindad Rock Star dan Erik & The Gotune (Indonesia) lapor Utusan.
Baca Juga: “Baru semalam saya duduk menghadap emak, masakkannya makan,” – Abby Abadi
Baca Juga: ‘Duduk hotel ni, aku rasa diperhati’ – Bermacam ‘meme’ lucu ini buat orang ramai terhibur