Indonesia sebagai negara berpenduduk majoriti Muslim terbesar di dunia bakal meluluskan kanun jenayah baharu yang mengenakan hukuman penjara bagi kesalahan seks di luar nikah.
Menurut Timbalan Menteri Kehakiman Indonesia, Edward Omar Sharif Hiariej, kanun jenayah baharu itu dijangka diluluskan 15 Disember ini selepas beberapa dekad dibincangkan.
“Kami bangga kerana mempunyai kanun jenayah yang selaras dengan nilai-nilai Indonesia,” lapor Reuters.
Dijangka kod baharu dengan hukuman penjara sehingga setahun itu boleh diluluskan seawal minggu depan.
Draf terbaharu pindaan undang-undang bertarikh 24 November lalu menyatakan bahawa seks di luar perkahwinan, hanya boleh dilaporkan oleh pihak yang terhad seperti saudara terdekat, boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun.
Langkah republik itu mendapat sokongan beberapa kumpulan Islam konservatif tetapi ditolak pembangkang dengan mendakwa pindaan itu bercanggah dengan pembaharuan liberalisasi yang digubal selepas kejatuhan rejim Suharto pada 1998.
Dalam masa sama, kesalahan pengguguran, kecuali mangsa rogol dan penjara akibat perbuatan ‘sihir dan ilmu hitam’, kekal dalam kanun tersebut.
Baca juga Tak habis dengan gimik, Nabila Razali dikritik ‘gagal’ lontar nada tinggi
Baca juga Kenapa Anwar jadi Menteri Kewangan?