Bakal doktor gigi dicekup khalwat, leka bincang mengenai tugasan dalam bilik hotel

  • Post author:

Dua penuntut jurusan pergigian sebuah universiti awam ditangkap khalwat di sebuah hotel  di Bakar Arang, Sungai Petani semalam. Pasangan tersebut juga mendakwa mereka terlalu leka berbincang mengenai tugasan.

Namun alasan yang diberikan agak tidak logik, siapa yang bincang isu tugasan dalam bilik hotel. Mereka juga lewat membuka pintu apabila diketuk penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) lapor Harian Metro.

Pasangan berusia 20-an itu ditahan dalam Operasi Khas PADKM bermula antara 12 tengah malam hingga 3 pagi selepas menerima aduan awam.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, pasangan itu pada mulanya enggan membuka pintu bilik hotel sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Kita terpaksa mendapatkan kunci pendua daripada penjaga hotel selepas hampir 30 minit mengetuk pintu.

“Siasatan mendapati penuntut wanita berasal dari Taiping, Perak, manakala pasangannya berasal dari Selangor, malah mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 25, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 kerana berkhalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pasangan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan pihaknya mengeluarkan saman, selain mereka perlu hadir 24 November untuk tindakan lanjut.

Baca Juga: Wah! Volkswagen cipta kerusi pejabat, siap boleh dipandu lagi!

Baca Juga: Penduduk protes, roboh sekatan ‘lockdown’ kerana penat disuruh berkurung