Kemangkatan Ratu Elizabeth II semestinya memberi impak kepada penduduk United Kingdom, dan pastinya ramai akan heboh tentang nilai yang akan diberikan kepada warisnya. Buat Putera William dia bakal mewarisi estet diraja seluas 56,655 hektar
Nilai estet itu dikatakan mencecah £1 bilion (RM5.2 bilion) lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Laporan Forbes menganggarkan pada tahun lalu bahawa kekayaan peribadi mendiang Ratu Elizabeth II yang bernilai £433.7 juta (RM2.26 bilion).
Ia adalah terdiri daripada permata, koleksi seni, pelaburan dan dua kediamannya iaitu Istana Balmoral di Scotland dan Rumah Sandringham di Norfolk. Ratu Elizabeth mewarisi kedua-dua harta itu daripada bapanya, Raja George VI.
Sebahagian besar kekayaan keluarga diraja Britain berjumlah sekurang-kurangnya £18 bilion (RM93.9 bilion) berupa tanah, harta dan pelaburan kini diwariskan kepada monarki baharu, Raja Charles III dan pewaris-pewarisnya.
Hasil daripada hartanah itu digunakan untuk membiayai aktiviti awam, swasta dan amal oleh Duke of Cornwall, kata laman webnya.
Baca Juga: Akibat terlalu baik, gangster India tak jadi bunuh Shah Rukh Khan
Baca Juga: Pecah tembelang! Peminta sedekah main judi, siap sorok telefon belakang tabung derma