Banjir: Anggota bomba sudah siap siaga

  • Post author:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah menempatkan anggota dan aset sebagai persediaan berdepan bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL).

Perkara itu disahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan, penempatan aset dan anggota itu dibuat berdasarkan pemetaan dan ramalan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Saya sendiri akan melawat pusat operasi MTL Khamis ini dan akan memberi taklimat terperinci mengenai penempatan aset dan anggota berkenaan.

“Saya difahamkan aset sudah pun dihantar selari dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan), di Putrajaya.

Baca Juga: RM291.4 juta peruntukan untuk bomba naik taraf fasiliti, tambah aset

Baca Juga: Netizen kagum kecekapan pemandu bas, ‘power driver’ dia!