Banjir: PPS dibuka di Pontian

  • Post author:

Selepas hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Pontian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian memaklumkan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pekan Nanas itu dibuka mulai jam 8 pagi tadi bagi menempatkan 18 mangsa daripada tiga keluarga.

“Antara kawasan yang terjejas banjir ini melibatkan Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, di Batu Pahat pula, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading masih dibuka sejak 14 September lalu, menempatkan 44 mangsa daripada 11 keluarga.

Antara kawasan terjejas banjir di Batu Pahat adalah Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading.

Sehingga 4 petang tadi, dua PPS dibuka di Johor melibatkan daerah Batu Pahat dan Pontian membabitkan 62 mangsa daripada 14 keluarga.

Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang

Baca Juga: Terperangkap runtuhan bangunan, bayi ditemui masih bernyawa