Banyak sangat kes culik, sampai mak ambil anak pun dikatakan penculik

Satiap hari kita didengarkan dengan kes penculikan sama ada sahih atau tidak sehingga menimbulkan ketakutan dalam diri semua. Seorang wanita yang baru sahaja berhijrah kepada agama Islam dituduh menculik selepas dia mengambil anakya daripada jagaan saudara dengan memakai purdah.

Ibu mangsa yang juga Orang Asli dikatakan telah bercerai dengan suami dan membuat keputusan menukar agama dan mulai mendalami agama Islam di Terengganu.

Wanita itu mendapat hak penjagaan anak sejak 2019 namun tidak dapat mengambil anaknya lebih awal kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mahu memberi tumpuan dalam mendalami agama Islam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Mohd. Azahari Mukhtar berkata, tiada kes penculikan melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan berlaku di daerah ini seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini dan kes yang dikatakan berlaku di Bandar Lama Rompin berkenaan hanyalah melibatkan isu keluarga.

“Kes berkenaan hanyalah kes keluarga yang mana ibu kanak-kanak berkenaan datang mengambil anaknya yang ditinggalkan bersama ibu saudaranya.

“Ibu kanak-kanak berkenaan juga telah membuat laporan polis sebelum datang mengambil anaknya dan juga laporan polis di Besut Terengganu selepas tiba di rumahnya,”katanya.

Semalam tular dalam media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dilarikan seorang wanita menaiki kereta jenis Perodua Myvi di Bandar Lama Rompin lapor Kosmo.

Baca Juga: Bagi anjing makan, tindakan lelaki ini dipuji warganet

Baca Juga: “Salah ni prinsip ’rounding’ dia”- Lagi kes 5 sen, suka hati je kedai genapkan jadi 10 sen