Bapa Adam Mika buat laporan polis, nafi anak buat video tak senonoh

  • Post author:

Tular nama pelakon cilik yang terkenal dahulu, Adam Mika di Twitter kerana video tak senonoh yang dikatakan miripnya beronani di hadapan cermin di dalam sebuah bilik.

Hanya sekadar pelanduk dua serupa, bapa kepada pelakon tersebut, Nik Mohd Adli tampil buat laporan polis untuk nafikan dakwaan anaknya adalah individu dalam video yang tersebar semalam.

lelaki yang dikatakan mirip Adam Mika

Memetik laporan mStar, laporan polis dibuat pihaknya untuk membersihkan nama baik anaknya Nik Adam Mika serta keluarganya.

“Pada saya perkara ini telah menjatuhkan maruah saya dan juga keluarga saya.”

Berkongsi dengan lebih lanjut, bapa Adam Mika mengaku sudah menonton video tersebut dan mendapati susun atur perabot adalah berbeza dengan perabot di rumahnya.

“Yang dalam video tu bukan rumah saya. Rumah saya banglo baharu dan dalam video itu nampak macam rumah kampung. Adam punya kerusi gaming pun bukan macam tu.”

Sebagai seorang bapa, dia sentiasa memantau aktiviti harian anaknya dan Adam juga tidak mempunyai akaun media sosial. Malah, Adam sendiri tidak mengetahui mengenai dakwaan video tersebut.

“Semalam selepas mengetahui mengenai video itu, saya pukul dia, tapi dalam masa saya tanya tentang hal ini dan dia macam tak tahu apa-apa.”

Jelasnya lagi, mungkin timbul kekeliruan apabila pelaku di dalam video dikatakan memiliki wajah yang lebih kurang sama dengan Adam.

Baca Juga: Dua bulan hutang, ejen Coway Kedah sanggup sebar maklumat peribadi pelanggan

Baca Juga: Mula-mula ayah angkat, sekarang suami-Wanita 25 tahun luah perasaan pada lelaki usia 46 tahun