Baru dua hari kahwin dah nak bercerai, penyanyi beri alasan sebab suka lelaki lain

  • Post author:

Dunia semakin pelik, kahwin tak sampai dua hari dah bercerai. Manusia mana yang sanggup bersusah payah melakukan proses untuk berkahwin untuk bercerai hanya selepas dua hari.

Penyanyi dari Indonesia, Ratu Rizky Nabila dikatakan bakal bercerai dengan suaminya, Ibrahim dek kerana cintakan lelaki lain lapor KapanLagi.

Cintakan lelaki lain

Nabila dikatakan mahu halau tetamu dan membatalkan majlis dengan alasan perkahwinan tidak direstui.

“Hari itu, dia hampir nak batalkan majlis kahwin dan halau tetamu. Bila tanya, alasannya dia salah faham kononnya tak dapat restu keluarga aku. Apabila ditanya adakah sesiapa yang memaksa untuk berkahwin, katanya tidak.”

Bila disoal kenapa mahu teruskan penceraian barulah Nabila mengaku dia menyayangi lelaki lain. Hati sang suami dikatakan sangat hancur mengenangkan nasib yang dilaluinya sehingga tidak boleh tidur.

Difahamkan, ini merupakan perkahwinan kedua Nabila. Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Alfath Fathie pada Mac 2020 sebelum bercerai pada 5 Mei 2021.

Kalau dah sayang lelaki lain, kenapa diteruskan juga perkahwinan padahal boleh sahaja batalkan lebih awal. Sekarang habis masa dan tenaga untuk majlis, baru nak minta cerai. Dah macam proses jual beli pula.

Baca Juga: Bakal dipenjara kalau lakukan seks luar nikah di Indonesia

Baca Juga: Sebab itu lepas beli kena ‘check’, pelanggan bengang restoran segera popular beri daging burger tak masak