“Baru semalam saya duduk menghadap emak, masakkannya makan,” – Abby Abadi

  • Post author:

“Baru semalam saya duduk menghadap emak, masakkannya makan, belikan buah kegemaran emak, temankan emak makan, solat dan berbual. Hari ini emak sudah tiada.”

Demikian catatan memilukan yang ditulis pelakon dan penyanyi, Abby Abadi selepas ibunya menghembuskan nafas terakhir, hari ini.

Menurut Abby, ibunya, Hasnah binti Abu jatuh pengsan ketika rawatan hemodialisis di hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur.

“Pada yang mengenali emak saya dan ingin datang ziarah, insya-ALLAH arwah Mak tersayang masih berada di KPJ Tawakal dan akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat untuk dimandikan selepas Zohor ini dan terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam AU4,” tulisnya di laman Instagram.

Dalam pada itu, di Instagramnya, Abby turut menulis “semoga mak tenang di sana, dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,”

Kami di TML mengucapkan salam takziah kepada Abby sekeluarga. Al Fatihah.

Baca Juga: Gara-gara empat cincin ‘sangkut’ di jari, pesakit ini dibantu anggota bomba

Baca Juga: Mat Sabu beri bayangan pertahan kerusi Parlimen Kota Raja