Bas bergerak perlahan masuk ke longkang lepas bunyi meletup, 17 penuntut UPSI cedera

  • Post author:

Seorang pelajar berkongsi detik cemas apabila bas yang membawa 60 pelajar universiti terbabas sebelum terbalik dalam longkang. Kejadian dikatakan berlaku di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim, lewat petang semalam.

Terdengar bunyi letupan sebelum bas bergerak perlahan menuju ke longkang

“Saya baru hendak lelapkan mata, tiba-tiba terdengar bunyi benda meletup,” kata penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohd Aiman Razali, 20.

Penuntut semester satu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni itu berkata, ketika kejadian dia bersama penuntut lain dalam perjalanan ke Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) Proton City lapor Harian Metro.

“Selepas terdengar bunyi benda meletup, bas mula bergerak perlahan sebelum masuk ke longkang,” katanya.

Dalam kejadian 7.06 malam itu, seramai 17 penuntut UPSI cedera selepas bas dinaiki terbabas ke dalam longkang.

Buat penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan, Tunku Nur Soleha Tunku Badruzzaman, 20, berkata, ketika kejadian dia baru selesai berbual dengan rakannya .

“Tiba-tiba terasa bas membelok sambil terdengar bunyi seolah-olah membrek.

“Saya sempat berpaut pada besi hadapan tetapi kepala terhantuk pada kerusi hadapan menyebabkan mengalami cedera ringan,” katanya.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Norkhalid Salimin turut berada di perkarangan Jabatan Kecemasan HSR melihat keadaan penuntut yang terbabit dalam kemalangan.

Baca Juga: Dapat gaji awal sempena PRU 15, untunglah penjawat awam dan pesara kerajaan

Baca Juga: Lelaki temui ajal tak sempat mengelak lembu sedang tidur atas jalan