Zizan Razak mula dikenali selepas program Raja Lawak terbitan Astro, jadi tidak hairanlah jika namanya sudah sinonim dengan watak lawak dan komedi. Namun untuk telefilem Damak Si Kuba menunjukkan sisi lain Zizan sebagai seorang pelakon di usia 38 tahun.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak berkata, menangis antara babak yang sukar dibuat. tangisan hanya dapat dilakukan jika benar-benar mendalami watak lapor Harian Metro.
“Ini juga antara yang sukar iaitu menangis tapi dalam cerita ini saya sendiri belajar teknik itu sampai saya menangis teresak-esak. Saya tak sangka saya dapat buat. Tapi kalau kita faham kisah sebenar dan mendalami, kita boleh faham.
“Segelintir orang cakap, untuk watak sedih kita kena ingat perkara paling sedih. Konsep itu akan lari dan tak kena. Dalam cerita ini, dia orang susah. Jadi kita faham watak yang kita bawa dan secara tak langsung kita menangis,” katanya.
Mahu tunjuk sisi lain
Menurut Zizan, tawaran tersebut diterima kerana dia mahu menunjukkan sisi dan wajah lain dirinya yang jarang sekali diketengahkan kepada penonton apatah lagi membawakan watak serius dan sedih.
“Kalau orang ramai terima, saya boleh kembangkan kerjaya saya ke arah sesuatu yang baru, orang tak pernah tengok. Saya risau juga sebab waktu penggambaran, orang buat kelakar dengan saya.
“Itu membuatkan saya terfikir, macam mana orang nak terima saya buat cerita ini iaitu serius dan sedih.
“Ini mencabar saya untuk meyakinkan orang yang saya berlakon dalam cerita ini adalah lain. Bukan seperti dalam cerita kelakar yang lain. Sebab orang jumpa nak bergurau dengan saya, itu mencabar juga untuk saya di lokasi penggambaran sebab saya kena fokus,” katanya.
Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang
Baca Juga: Bercuti dekat Thailand serba serbi murah dan berbaloi, RM300 pun cukup, ‘di Malaysia banyak scam je’