Bayar jurugambar sampai RM1699, wanita kecewa gambar gegar pun masuk album

Buat raja sehari, pasti momen saat disatukan itu menjadi detik terindah yang diingati selamanya, namun kalau tersalah pilih jurugambar maka detik indah pun boleh bertukar kemarahan. Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan album kahwinnya yang penuh dengan gambar yang tidak profesional.

Wanita tersebut memuat naik albumnya di akaun tiktok @nadyeot untuk menunjukkan hasil yang tak setaraf dengan bayaran yang diberikan dan menasihatkan bakal pengantin untuk memilih jurrugambar yang terkenal kerana hasil dan bukan sosial media.

“Selalu lihat orang, kali ini terkena dekat diri sendir. Rasa kecewa sangat-sangat.

Peringatan buat bakal pengantin, pilih jurugambar dan juruvideo yang betul-betul boleh pakai dan jangan percaya sangat hasil daripada feed Instagram”, luahnya dalam kapsyen tersebut.

Apabila dilihat pada hasil album, ia dipenuhi gambar yang kelihatan seperti katalog perabot dengan tiga muka surat pertama dihiasi gambar kerusi dan meja kenduri serta pelamin kosong.

Lagi menyakitkan hati, gambar banyak kelihatan ‘bergegar’ dan tidak fokus serta gambar dari jarak jauh hingga tidak menunjukkan muka pengantin yang sepatutnya menghiasi album kahwin tersebut.

“Pilih lokasi nikah ala-ala taman sebab nak gambar cantik, tapi hasilnya tak ada satu pun ‘close up’ muka, penat bayar mahal, video kahwin pun gegar, tapi katanya pakai ‘stabilizer’.

“Tahu tidak semahal pakej lain, pakej video dan gambar RM1,699, tapi tiga muka surat pertama gambar kerusi meja dah macam katalog jual perabot,” luahnya.

Hantaran tersebut bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak, cuma apabila wang yang banyak dialburkan maka hasilnya pasti menjadi agak tinggi buat pengantin apatah lagi gambar tersebut hanya berlaku dalam detik itu sahaja.

@nadyeot

selalu tengok orang je, kali ni diri sendiri yang kena. kecewa sangat2 🥲 peringatan bagi bakal pengantin, pilihlah photog/videographer yg betul-betul boleh pakai & jangan percaya sangat hasil dari feed instagram #weddingdisaster #weddingdisappointment

♬ bila orang dah benci – ◦•●◉✿ 🌺 𝐑𝐄𝐄𝐙 🌺 ✿◉●•◦

Baca Juga: Netizen puji ‘kepintaran’ adik ini jadi jurumekap

Baca Juga: Pakar kewangan nasihat anak muda bersedia dengan ‘exit plan’, ekonomi gig tidak akan bertahan lama