Bedah hidung persis artis K-pop-Lana Nordin tak kisah kecaman sudah rujuk pakar agama

Membuat pembedahan hidung persis artis K-pop pelakon Lana Nordin tidak kisah dengan kecaman daripada netizen kerana beliau sudah rujuk pakar agama.

Beliau secara terbuka mendedahkan pembedahan di bahagian hidungnya dibuat di sebuah pusat perubatan di Seoul Korea Selatan kerana bukan untuk kecantikan sebaliknya untuk merawat.

Usahawan dan pelakon berumur 42 tahun ini memberitahu beliau tidak terkesan dengan kecaman kerana tindakannya bukan mengubah ciptaan dari Illahi sebaliknya merawat hidung kerana kesan kemalangan yang dialami semasa remaja.

Lana Nodin juga akui sudah mendapatkan pendapat dari pakar agama sebelum membuat procedure hidung itu.

“Mereka ada menyatakan bahawa apa yang saya buat ni tak lah salah sebab saya mahu mendapatkan rawatan, bukannya saya ni nak ubah ciptaan Tuhan.”

Lana Nodin akan berada di Korea Selatan selama dua minggu selepas ini untuk berehat dan pulih sepenuhnya.

Procedure yang dilakukan Lana Nodin dikenali dengan nama rhinoplasty, dan perbelanjaan lebih kurang mencecah lebih RM160 ribu sehingga RM180 ribu, kerana Lana menggunakan tulang rusuk sebagai pembentukkan tulang hidungnya.

Apa yang penting kata Lana, dia dah dapat keizinan dari suami, David Mckienzie.

“Untuk membuat pembedahan hidung di Korea Selatan ni, ianya pun didorong oleh suami saya yang tak suka melihat saya alami masalah hidung akibat kemalangan tu,” katanya.

Baca juga:

Jumlah mangsa banjir meningkat di Kedah, PRU pula makin dekat

Baca juga:

Dekorasi dahi tema Bollywood-Wanita muslim perlu elak ia perbuatan tasyabbuh kerana jelas simbol keagamaan