Hari ini merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia di mana mereka yang layak mengundi, berpeluang memilih pemimpin untuk memacu negara Malaysia yang tercinta.
Pelbagai latar belakang masyarakat keluar menunaikan tanggungjawab mereka seawal jam 7.30 pagi.
Namun, dalam ramai-ramai itu, pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dilihat menjadi perhatian masyarakat pada hari ini.
Antara yang menjadi perhatian netizen adalah beg silang yang dibawa Hanis ketika pergi mengundi siang tadi.
Masing-masing meninggalkan pertanyaan tentang apa yang dibawa selebriti itu memandangkan saiz beg itu terlalu kecil daripada biasa.
“Mungkin beg dia hanya isi untuk masa lapang je,” seorang netizen menulis komen itu, disusuli dengan 1,300 tanda emoji ketawa daripada netizen lain.
Seorang lagi pengguna laman maya pula menulis “beg tu mmg khas utk gi mengundi sbb muat ic je,”.
Dalam ramai-ramai netizen, ada juga yang meninggalkan komen berminat dengan beg tersebut.
“Beg dia tu aku bekenan betul..nk beli jugak la,” kata netizen itu.
Baca Juga: PRU-15: MySPR sesak capai hits 2.5 juta per saat
Baca Juga: Dua petugas kesihatan di setiap tempat mengundi, khas buat pengundi yang positif Covid-19