Bekas ahli MPT Bersatu, Rais Hussin sertai PKR

  • Post author:

Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang juga pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, sertai PKR hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

“Saya mengalu-alukan penyertaan Rais Hussin ke dalam PKR,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu, Rais Hussin mengumumkan keluar daripada BERSATU.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU, menghantar surat rasmi pengundurannya kepada BERSATU, sehari sebelumnya.

Dalam kenyataan, katanya beliau tidak lagi aktif di dalam BERSATU sejak 2020 selepas menjalani prosedur jantung dan banyak menumpukan kepada pembangunan EMIR Research sebagai badan pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik.

Baca Juga: DUN Perak belum bubar, masih belum dapat perkenan Sultan

Baca Juga: Pasangan ni sambut ‘anniversary’ bermodalkan pasir pantai je