Bekas guru didenda RM3,800 sebab pukul rakan anak dengan penggelek cat

  • Post author:

Bekas guru berusia 44 tahun mengaku bersalah menyebabkan kecederaan kepada pelajar 13 tahun di Mahkamah Majistret Rembau hari ini. Tertuduh menggunakan penggelek cat yang senjata untuk menyerang.

Tertuduh, Siow Chu Lee, 44, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, dengan sengaja menyebabkan cedera kepada seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di telinga dan bahu bahagian kiri.

Tertuduh didapati melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang menaiki kereta jenis Perodua Kembara datang ke arah mangsa dan memarahi mangsa yang mengganggu anaknya di sekolah.

Pada masa yang sama, tertuduh memukul mangsa dengan sebatang penggelek cat yang dibawa bersama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng manakala tertuduh diwakili peguam, R. Jayaprakash lapor Utusan.

Jayaprakash dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman denda yang ringan dengan mengambil kira pengakuan bersalah dan permohonan maaf tertuduh.

Kartini kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM3,800 terhadap tertuduh atau penjara 10 bulan jika denda itu gagal dibayar.

Baca Juga: Tak cukup mansuh seksyen 377A, Singapura bakal mansuhkan larangkan perkahwinan sesama jenis

Baca Juga: “Kena jaga 15 kelas sehari” – Anak cikgu cerita hakikat jadi guru, ibu di sekolah banyak kerja sampai tidur 3 pagi