Berani ancam nak bunuh Agong di media sosial, lelaki 30-an ditahan

Media sosial kini bukan lagi platform yang selamat dan bebas seperti dahulu. Kini ramai yang berani menggunakan platform untuk menyebarkan kebencian

Baru-baru ini tersebar ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi lapor Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

Baca Juga: Cristiano Ronaldo individu pertama di dunia miliki 500 juta pengikut di Instagram

Baca Juga: Daulat Tuanku, rakyat junjung titah Agong cadang kerajaan Perpaduan