Berhenti sekolah sebab kahwin, wanita 27 tahun sambung semula sekolah menengah dengan anak

  • Post author:

Berhenti sekolah hanya sebab berkahwin tidak menjadi pematah semangat buat wanita berusia 27 tahun yang kembali semula ke sekolah untuk meneruskan pelajarannya selepas 12 tahun.

Parwati Sunar dari Nepal yang juga ibu kepada dua anak itu meneruskan pembelajarannya di sebuah sekolah di Sekolah Menengah Jeevan Jothi di Punarbas.

“Saya gembira meneruskan persekolahan dan menganggap rakan sekelas sebagai anak,” katanya.

Sunar yang berasal dari Punarbas sebuah kawasan di barat daya pergunungan Himalaya kini berada di gred tujuh.

“Saya tidak sepatutnya berhenti sekolah. Saya mendapat anak pertama ketika usia 16 tahun,” katanya.

Makan dan datang ke sekolah bersama anak

Siapa sahaja tidak gembira dapat luangkan lebih masa dengan ibu. Anaknya, Resham, 11, mengaku gembira dapat belajar di sekolah sama kerana dia juga dapat makan bersama ibunya ketika rehat.

Dua beranak itu juga akan menunggang basikal bersama untuk mengikuti kelas komputer di sebuah institut berhampiran.

“Kami akan berbual sepanjang perjalanan ke sekolah dan mendapat ilmu baharu menerusi perbualan,” katanya.

Walaupun berasal dari etnik Dalit, kasta terendah dalam sistem kasta Hindu. Sunar menyatakan keluarganya tidak pernah dilayan dengan buruk oleh penduduk tempatan.

“Tiada sesiapa yang mendiskriminasi saya atau keluarga,” katanya. – Reuters

Baca Juga: Hidup miskin, isteri mengandung maut dipukul dan dibakar suami

Baca Juga: “Kena jaga 15 kelas sehari” – Anak cikgu cerita hakikat jadi guru, ibu di sekolah banyak kerja sampai tidur 3 pagi