Berjodoh dengan bekas guru disiplin, pasangan ini tidak kisah walau beza umur 20 tahun

  • Post author:

Cinta tak kenal siapa dan jarak umur bukan penghalang.

Ayat itu sering kita dengar apabila dua jiwa diikat menjadi satu atau lebih tepat lagi dipanggil pasangan pengantin.

Namun, sepasang suami isteri dari Purworejo, wilayah Jawa Tengah kini menjadi perhatian dek kerana kisah cinta mereka.

Menariknya, si isteri merupakan bekas guru disiplin ketika suaminya masih bersekolah, malah usia mereka juga berbeza 20 tahun.

Menurut si suami, Sigit Setya Budi, 24, dia mengenali isterinya sebagai seorang guru disiplin ketika berada di sekolah menengah pada 2013 hingga 2016.

“Ketika itu, tidak pernah sedikit pun terlintas untuk mencintai atau meminang dia (isteri) kerana statusnya yang sudah mempunyai suami,” kata Sigit.

Pasangan itu mula menjadi rapat pada 2020 ketika mereka mahu memulakan perniagaan bersama.

“Pada awalnya, saya tertarik melihat keperibadiannya yang saya anggap sebagai wanita perkasa ketika saya mengajarnya untuk membangunkan perniagaan.

“Ketika merancang untuk mengembangkan perniagaan, kami semakin rapat dan saling memahami sikap masing-masing,” ujarnya.

Baca Juga: Ular muncul depan cermin kereta, netizen pun sama rasa seram

Baca Juga: 21 juta rakyat dijangka turun mengundi, inilah masa untuk pilih kerajaan baru