Berkenalan hanya di Facebook, wanita cantik kahwini penjual ikan

Dari Russia ke Indonesia demi kekasih hati yang hanya dikenali di Facebook. Seorang wanita memilih penjual ikan dari Indonesia untuk menjadi suami, Kisah mereka tular selepas pasangan itu memuat naik video perkahwinan mereka di laman Youtube.

Anjar Hari Riswanto yang bekerja sebagai penjual ikan di Rembang, Jawa Tengah telah berkahwin dengan Zukofa Veronica atau lebih dikenali sebagai Nika dari bandar St. Petersburg, Russia lapor Wolipop.

Mula mengenali satu sama lain di Facebook pada tahun 2016, pasangan itu kemudiannya bercinta dan akhirnya memutuskan untuk berkahwin pada tahun ini.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Indonesia pada tahun 2020, Nika jatuh hati dengan kepelbagaian makanan tradisional negara tersebut sehingga menyebabkan dia memutuskan untuk terus berada di sana.

“Saya suka nasi dengan tauhu. Sedap boleh makan banyak dengan bakwan dan tempe. Saya juga suka soto banjar,” katanya.

Tidak hanya jatuh cinta pada makanan malah juga kepada bahasa hingga Nika bersungguh mempelajari banyak bahasa dan salah satu bahasa yang dipelajari ialah bahasa Jawa.

Anjar dan Nika menamatkan zaman bujang mereka pada 24 Julai lalu dan membuat keputusan untuk tinggal bersama di rumah sewa dengan tiga bilik tidur.

Baca Juga: Degil dia pun banyak manfaat tau – Sambau banyak khasiat, kucing dah lama tunjuk, manusia je lalai

Baca Juga: Tular semula rakaman lima tahun lepas, van putih dah ‘standby’ buka pintu untuk culik budak tapi tak berjaya