Betul-betul fikir di luar kotak, lelaki ini ubah suai tangki air jadi rumah mewah

  • Post author:

Setiap orang di dunia ini memiliki kebolehan untuk menterjemahkan idea mereka, sekali gus berpotensi menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Daripada sesuatu yang ‘biasa’, tidak mustahil ia boleh menjadi yang ‘luar biasa’ apabila seseorang itu berfikir di luar kotak.

Itu yang dilakukan seorang lelaki England yang menggunakan masa selama dua tahun untuk mengubah suai menara tangki air konkrit menjadi sebuah banglo bernilai £1 juta (RM5.4 juta).

Apa yang memeranjatkan, Rob Hunt berjaya mengubah tangki air konkrit berusia 80 tahun itu, menjadi sebuah hartanah mewah di Bideford, Devon.

Hunt mengubah suainya menjadi kediaman keluarga yang mempunyai empat bilik dengan tingkap besar selepas membeli menara tangki air yang dibina dalam tahun 1940-an itu pada 2019.

Bukan itu sahaja, banglo itu juga dilengkapi sistem pemanas bawah lantai bagi memastikan ia panas dan selesa sepanjang tahun.

“Saya tidak pernah membuat sesuatu seperti ini sebelum ini.

“Saya pernah mengubah suai rumah sewa dan beberapa kerja membaik pulih yang mempunyai reka bentuk aneh, namun semuanya kelihatan biasa,” kata Hunt yang menceritakan perjalanan pengubah suaian menara tangki air itu.

Ketika mengubah suai hartanah tersebut, Hunt tinggal di dalam sebuah karavan terpakai miliknya yang diletakkan berhampiran menara tangki air itu.

Dia menghabiskan masa berminggu-minggu untuk memotong konkrit setebal 25.4 sentimeter berseorangan sebelum membawa seorang pekerja untuk membantunya.

Bagaimanapun, Hunt merancang untuk menjual hartanah tersebut pada musim panas tahun depan.

Baca Juga: “Harta pertama ni memang sentimental sikit” netizen terhibur lihat Nad Zainal teruja terjumpa kereta pertamanya

Baca Juga: Selepas 6 hari hilangkan diri, seekor ular tedung kembali ke ‘sarang’