Biawak gergasi ‘shopping’ mengejutkan pengunjung

  • Post author:

Biasanya kedai serbaneka 24 jam akan dikunjungi manusia, paling tidak pun kucing yang kadang-kadang terlepas masuk ke dalam kedai akibat pintu terbuka.

Tetapi, apa yang berlaku di sebuah 7-Eleven di Thailand ini amat mengejutkan pengunjung.

Seekor biawak gergasi sepanjang hampir 2 meter telah ‘menceroboh’ kedai berkenaan dan ia dipercayai keluar daripada saluran parit berdekatan.

Insiden yang berlaku di sebuah kedai di Nakhon Pathom, itu membuatkan keadaan menjadi kacau bilau apabila biawak tersebut bergerak secara bebas dan naik ke atas rak-rak di kedai tersebut.

Seorang pengunjung kedai dikenali sebagai Narumpa Tangsin merakamkan detik-detik biawak gergasi itu di dalam kedai.

Menurutnya, walaupun pada awalnya dia teringin untuk mendekati biawak tersebut namun dia membatalkan hasrat.

Ini kerana dia takut haiwan itu menjadi agresif lebih-lebih lagi biawak menjadi lebih berbahaya jika dalam kelaparan.

“Saya berhenti di kedai ini untuk membeli makanan dan kemudian melihat biawak besar di dalamnya.

“Malah, saya ingin mengambil minuman tetapi reptilia itu terlalu dekat dengan lorong minuman.

“Biawak ini boleh menjadi bahaya terutama ketika marah, jadi saya diam saja dan merakamnya menggunakan telefon bimbit saya,” ujar Narumpa Tangsin.

Baca Juga: Mayat penoreh getah ditemukan dalam perut ular sawa

Baca Juga: Pelumba MotoGP pun kenal Hairul Azreen ni pelakon