Bijaknya kucing ni, boleh dengar arahan dengan baik.. kanan kiri diurut..

  • Post author:

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling manusia sayang, malah gelagatnya tidak pernah membuatkan kita jemu melayan mereka.

Kadang kala, kucing atau lebih popular dengan gelaran ‘si comel’ itu, sebenarnya boleh menjadi pembantu yang diharapkan.

Contohnya, baru-baru ini tular video menunjukkan seekor kucing sedang mengurut pemiliknya yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Bukan sahaja pandai mengurut, tetapi kucing itu boleh mendengar arahan dengan baik.

Dalam video tersebut, kucing itu jelas mengikut arahan tuannya yang mahu diurut di bahagian bahu sebelah kiri dan kanan.

 

Rata-rata netizen kagum dengan kebolehan kucing itu mendengar arahan dan melakukan urutan.

“Kucing macam ni ada jual kat shopee tak?”

“Wehhhhh dia paham laaaa,”

Malah, ada juga netizen berseloroh mengenai kucing yang dimilikinya.

“Kucing orang semua pandai…. kucing aku 24 jam mintak makanan…”

Baca Juga: Hubungan paling jijik, suami akhirnya pilih anak tiri usia 18 tahun sebagai pasangan

Baca Juga: Cipta pengering kasut, persembahan kumpulan adik ini kagumkan netizen