BN tangguh menghadap Agong, kekal tak mahu sokong mana-mana parti untuk bentuk kerajaan

  • Post author:

Tak cukup pihak Perikatan Nasional (PN) maklum Barisan Nasional (BN) bakal bergabung mereka, si presiden pula berjumpa dengan wakil Pakatan Harapan (PH), akhirnya BN buat keputusan untuk jadi pembangkang.

Parti tersebut memohon penangguhan sesi menghadap secara individu 30 Ahli Parlimen gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi ini.

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk mengadap Seri Paduka di Istana Negara, pagi ini.

Tak sokong dua-dua parti untuk bentuk kerajaan

Permohonan penangguhan itu selepas beberapa mesyuarat BN malam ini kekal tidak memihak Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) lapor Utusan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, BN meneliti pelbagai perkara termasuk kedudukan parti dalam mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, katanya, gabungan itu belum membuat keputusan memilih menyokong mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan.

“Kalau boleh kita akan menangguhkan (sesi menghadap) sebab kita sudah minta Istana Negara (kerana mahu) meneliti beberapa perkara lagi.

“Kita minta Istana Negara sama ada boleh tangguh atau tidak. Setiausaha Agung BN sudah maklumkan tadi, kalau tangguh, tangguh lah,” katanya kepada pemberita.

Baca Juga: Kerusi PM 10 masih kosong, Anwar sahkan belum ada keputusan daripada Agong

Baca Juga: PH, BN perlu bentuk kerajaan bersama melawan ekstremis agama, kaum