Bola yang disepak pemain terkenal Argentin Diego Maradona ketika menentang England pada Piala Dunia 1986 bakal dilelong bulan depan dengan anggaran harga RM13.28 juta hingga RM15.9 juta.
Bola yang dilabelkan sebagai ‘Hand of God’ itu bakal dilelong oleh Graham Budd Auctions pada 16 November.
The Guardian melaporkan pengadil perlawanan, Ali Bin Nasser dari Tunisia pada ketika itu yang juga pemilik kepada bola berkenaan berkata bahawa sudah tiba masanya untuk berkongsikan bola itu kepada dunia dan dia berharap agar pembeli akan mempamerkannya kepada umum.
Mengimbas kembali, Ali berkata dia gagal mengesan tindakan Maradona sewaktu itu dan memberikan gol.
“Saya tidak dapat melihat situasi pada ketika itu dengan jelas. Dua pemain, Shilton dan Maradona menghadap saya dari belakang,” katanya.
Mengikut arahan yang dikeluarkan FIFA sebelum kejohanan, dia juga telah meminta pengesahan daripada pembantu garisan sebelum membuat keputusan bahawa ia adalah gol.
Bagaimanapun, Ketua Jurulatih England pada ketika itu, Bobby Robson berkata bahawa penjaga garisan tidak menjalankan tugas dengan bertanggungjawab.
Difahamkan, gol yang dijaringkan Maradona itu dengan terkena sedikit kepala dan tangan dan digelar sebagai Hand Of God.
Bintang Argentina tersebut menumbuk bola berkenaan hingga melepasi penjaga gol Peter Shilton pada ketika itu untuk membuka jaringan pertama pada minit ke – 51 di suku akhir di Estadio Azteca, Mexico City.
Dalam perlawanan tersebut, ia berkesudahan dengan Argentina layak ke separuh akhir setelah mengatasi England dengan skor 2-1.
Terdahulu, Diego Maradona meninggal dunia pada November 2020 dan bajunya telah dilelong pada bulan Mei lalu dengan harga mencecah RM37.7 juta.
Baca juga:
Hakim isytihar pertuduhan tidak berasas – Apa nasihat aktivis ini untuk Pas?
Baca juga: