Bomba bantu angkat remaja 110 kg ke kediaman di tingkat 4 

  • Post author:

Sepasukan anggota bomba dipanggil untuk memindahkan seorang pesakit lelaki yang mengalami obesiti dari Hospital Selayang ke rumahnya di Apartment Cempaka, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.30 malam.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.41 malam.

“Mangsa menjalani rawatan obesiti kerana baharu berusia 13 tahun dan menghidapi penyakit kencing manis serta darah tinggi,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa yang dianggarkan berat sekitar 110 kilogram hingga 120 kilogram itu dipindahkan dari stretcher ke bag kanvas.

“Mangsa diangkat dari ambulans ke rumahnya yang berada di tingkat empat oleh anggota bomba yang terlibat.

“Kerja-kerja mengangkat mangsa mengambil masa antara 15 ke 20 minit,” jelas beliau.

Baca Juga: Mengerikan! Kanak-kanak terperangkap dalam lubang sedalam 122 meter

Baca Juga: Mekanik maut akibat dihempap kenderaan dibaikinya sendiri