Bomba Terengganu kenal pasti 192 ‘hotspot’ banjir

  • Post author:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sudah mengenal pasti 192 lokasi ‘titik panas’ banjir di seluruh negeri tersebut.

Pengarahnya, Md Hilman Abd Rashid berkata, semua lokasi itu dikenal pasti berdasarkan kawasan dilanda banjir tahun lepas.

“Kita sentiasa berada dalam keadaan siap siaga sama ada dari sudut kekuatan anggota dan juga kemampuan aset yang mencukupi untuk melakukan kerja penyelamatan.

“Anggota kita juga sudah melakukan rondaan dan pemantauan secara berkala di 192 hotspot (titik panas) berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penutupan Kursus Pemantapan Pasukan Khas JBPM Terengganu bersama Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Berhubung kekuatan aset bagi menghadapi bencana banjir tahun ini, beliau berkata, pihaknya kini memiliki 50 bot dan ia mencukupi untuk kerja penyelamatan.

Baca Juga: Tak sanggup berkongsi dosa, tukang jahit tolak permintaan alter seluar jadi ketat

Baca Juga: Stesen minyak jual diesel untuk penyelewengan digantung operasi