Buat gangguan seksual, lelaki tular di media sosial akhirnya ditahan

Gangguan seksual tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi kes semakin banyak dan orang semakin berani. Lelaki yang tular di media sosial kerana gangguan seksual berjaya ditahan polis petang semalam.

Mangsa dikatakan membuat laporan malam Rabu selepas menjadi mangsa gangguan seksual lelaki yang tak dikenali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata mengesahkan menerima laporan dibuat wanita pada jam 8.17 malam pada hari Rabu.

“Pihak polis turut mengesan satu video berdurasi 14 saat yang mempunyai kaitan dengan laporan itu yang tular di media sosial.

“Video berkenaan mendapat lebih 800 komen dan dikongsi 4,000 kali,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menangkap lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes ini, pada 5 petang.

“Permohonan reman ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dilakukan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Baca Juga: Anak dibaham buaya, ayah tetap usaha cari ‘permata hati’ yang hilang

Baca Juga: ‘Kena pakai minyak apa lepas ni? Minyak masak, minyak tanah…?’