Buat perniagaan mesin layan diri, Zul Ariffin jumpa rumah 5km dari Masjidil Haram

  • Post author:

Pernah tercalit kontoversi sebelum ini akibat babak dalam adegan drama, Zul Ariffin buat keputusan untuk berhijrah ke Makkah awal tahun depan untuk menguruskan perniagaan berasaskan makanan dan minuman di mesin layan diri yang berpangkalan di sana.

“Perniagaan ini adalah hasil kerjasama saya dengan satu syarikat Singapura. Namun, saya tetap akan berulang alik ke sini memandangkan kerjaya saya juga masih di Malaysia,” katanya.

Zul berkata, dia kini dalam proses mencari kediaman sesuai di samping menguruskan beberapa urusan perpindahan dan hasratnya untuk menetap tidak jauh dari Jabal Nur dan Masjidil Haram juga hampir menjadi kenyataan.

“Sebelum ini ketika menunaikan umrah, saya pernah bercakap kepada diri sendiri, pagi-pagi kalau naik atas Jabal Nur dapat joging pun seronok.

“Rezeki saya dapat mencari rumah dengan harga berpatutan di kawasan itu dan lebih kurang lima kilometer saja dari Masjidil Haram,” katanya.

Selain itu, Zul juga akan mengikuti kelas Bahasa Arab di satu universiti di sana untuk memudahkan urusan komunikasi.

Baca Juga: Nak cuba berlakon dan buat konsert solo, Alyah masih mahu berada dalam industri

Baca Juga: ‘Macam mana bank boleh terima duit palsu?’ Wanita terkejut mesin ATM keluarkan wang tak siap cetak lebih RM400