Buat review jujur pun salah, infuencer dakwa bakal disaman pengasas produk

Sebagai seorang influencer atau pempengaruh, pastinya ramai akan mencari mereka untuk buat ulasan mengenai produk mereka. Namun buat influencer lelaki ini, ulasan yang jujur menyebabkan dia bakal disaman seorang pengasas produk tempatan yang dikenali ramai.

Menerusi akaun TikTok @izwanhs, dia memaklumkan seorang pengasas produk mendakwanya menutup periuk nasi dan sengaja menjatuhkannya sekali gus menyebabkan jualan produk individu terbabit berkurangan.

“Sejak bila ulasan yang jujur menjatuhkan perniagaan seseorang individu? Lebih-lebih lagi, saya juga tidak mengenalinya. Allah tahu siapa menganiaya siapa,” katanya.

@izwanhs

Tulis kat produk tu “izwanhs jangan review produk kami please.”.. inshaa Allah wan xkan review dah. Pulangkan je duit aku.

♬ оригинальный звук – ♡

Berang dengan tindakan pengasas produk tersebut, warganet menyokong ulasan jujur yang diberikan Izwan mengenai produk-produk dan menjadikan ulasannya untuk membeli barang atau tidak.

We need honest review,” komen Debbie

“Tak apalah Wan, saya suka semua ulasa terpaling jujur awak,” komen Nuyu

“Sabar ya Wan. Inshaa Allah tetap sokong Wan, mereka baru kenal awak kot,” komen Genshin.

“Jeffree Star review produk artis sana lagi dahsyat, tak kena saman pun,” komen Fifie.

“Sabar Wan, yang penting kejujuran dalam review produk. Orang jujur tak rugi!” komen Aqish.

Founder tu kena belajar meniaga dengan Khairul Aming. Benda berbeza tak apa, skill customer service tu penting,” komen TheKakak.

Baca Juga: Lelaki ini baru tahu dia ada bakat ‘luar biasa’ lepas sedar daripada koma

Baca Juga: Mak ayah tergamam depan kaunter lepas dapat tahu anak curi duit Tabung Haji, bila semak tinggal RM25 je