Kadang-kadang dalam hidup ini, ada beberapa kejadian yang berlaku di luar pemikiran kita, sekali gus mengundang rasa pelik.
Baru-baru ini sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki warga emas mencuci muka menggunakan air panas lagi mendidih.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @manaberita dan lelaki itu dilihat berada kawasan sebuah rumah yang mengadakan sebuah majlis perkahwinan.
Dia hanya memakai seluar panjang dan tidak berbaju ketika kejadian.
Warga emas itu kemudian membersihkan mukanya menggunakan air panas mendidih yang berada dalam gayung hijau.
Bukan itu sahaja, malah turut membasuh kakinya menggunakan air tersebut dan dilihat menikmati apabila mukanya dibasahkan menggunakan air panas yang mengeluarkan asap.
Baca Juga: Pelajar sekolah rendah paling tua di dunia berusia 99 tahun, meninggal dunia
Baca Juga: ‘l’Il be back’ – Nurul Izzah bakal kembali!