Gula-gula atau manisan sering kali menjadi ‘jajan’ kegemaran kanak-kanak dari dulu, kini dan selamanya.
Sebagai contoh, bawa sahaja anak-anak ke pasaraya atau kedai runcit, pastinya ‘jajan’ dan mainan menjadi pilihan utama mereka.
Namun, baru-baru ini tular satu video di aplikasi TikTok pdjjjjjjjj memaparkan seorang kanak-kanak begitu mudah makan ubat.
Biasanya kanak-kanak kan susah nak telan ubat, tapi adik ini lain macam pula, steady je makan ubat.
Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki itu dilihat amat bersemangat meminta ubat daripada ibunya.
Secara keseluruhan, ibunya memberikannya tiga jenis ubat sambil anak itu dipangku ayahnya.
Bukan sahaja anak ini mudah makan ubat, malah siap cakap ubat-ubat yang diberikan itu sedap.
Rata-rata netizen memuji sikap adik itu yang dilihat makan ubat macam makan gula-gula dan ada yang bergurau dia boleh masuk World of Record.
“Senang kau telan dikk.. aku dulu sampai muntah-muntah nak makan ubat.”
“Kau bukan budak biasa dikk.. boleh masuk world of record!
Itu antara komen netizen yang sememangnya kagum dengan sikap adik itu.
Semoga adik cepat sembuh ya!
Baca Juga: Eksport ayam hidup pedaging dibenarkan semula mulai esok
Baca Juga: Tinggal dengan pesakit mental, pasangan ini cipta keunikan