Bukan sekejap, 9 hari terperangkap dalam runtuhan, dua pelombong ditemukan selamat

  • Post author:

Berpantang maut sebelum ajal, mungkin ini pepatah sesuai ditujukan kepada dua pelombong Korea Selatan yang terperangkap di dalam lombong zink.

Kedua-dua mereka terselamat selepas sembilan hari terperangkap akibat runtuhan lombong zink itu berlaku di daerah Bonghwa di timur laut negara itu.

Kejadian berlaku ketika negara berkenaan berkabung akibat tragedi Halloween yang menyebabkan ratusan maut.

Menurut pihak berkuasa bomba tempatan, dua pelombong itu berjalan keluar dari lombong bawah tanah yang runtuh pada 26 Oktober lalu, melalui usaha menyelamat yang menumpukan pada penggerudian lubang.

Yonhap News tempatan memetik penyelamat melaporkan, kedua-duanya terselamat dengan memakan serbuk kopi segera yang manis dan memasang khemah dengan plastik di dalam lombong yang runtuh untuk memanaskan diri mereka.

Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol sebelum ini mengisytiharkan, tempoh berkabung selama seminggu hingga 5 November selepas 156 orang terbunuh dalam kekecohan rempuhan ketika perayaan Halloween di Seoul.

Baca Juga: Adik ini dapat gelaran ‘superstar’ selepas bomba datang kepadanya

Baca Juga: Bapa dua anak mati dipanah jiran kerana bising