Sekarang sudah bermula musim hujan diselangi hari yang panas dan meyebabkan senang untuk kita sakit tekak. Bila dah mula sakit tekak, mulalah hilang suara, gatal tekak dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang dah habis jenis ubat dikemam tapi masih sakit tekak. Facebook Public Health Malaysia kongsikan 4 rawatan alternatif yang telah terbukti berkesan seperti di bawah.
- MADU
Madu yang dimaksudkan di sini adalah makanan dan bukan tambah isteri. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak.
– 1 sudu kecil dan dua kali sehari sehingga tekak anda sembuh.
AIR GARAM
Air garam ini bukan sahaja boleh tambahkan tenaga dalam badan apabila lesu. Air garam yang dicampur air suam boleh melegakan sakit tekak. Ia juga membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak.
– Kumur setiap 4 hingga 6 jam. Tapi jangan sampai tertelan pula, nanti naik pula darah.
- MINUM TEH
Teh peppermint dan chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Bau yang nyaman mengurangkan gejala sakit tekak dan batuk.
- PELEMBAB UDARA
Selain itu, jika ada humidifier atau pelembab udara boleh gunakan untuk melembabkan persekitaran.
Pastikan anda minum air banyak, jangan merokok dan pastikan cukup tidur untuk menguatkan ketahahanan tubuh.
Jika petua ini tidak dapat membantu, segera dapatkan rawatan di klinik berhampiran. Bimbang ada kuman yang menjangkiti.
Baca Juga: Ferrari milik rakan ‘total lost’, pemandu profesional disaman RM125
Baca Juga: Jutawan sebenar rasa ‘lebih mahal’ tanpa perlu tayang kereta mewah