Bunuh rakan senegara, tukang cuci dihadapkan ke mahkamah

  • Post author:

Sama-sama datang ke negara Malaysia untuk mencari rezeki, seorang lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh rakan senegara berdekatan Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru, 21 Ogos lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohammad Imran Miah,31, yang bekerja di negara ini sejak 2016 didakwa membunuh mangsa, Alam Safiq, 32, di atas jalan tar pada waktu di antara 9.30 malam hingga 11.17 malam.

Difahamkan Mohammad Imran dan mangsa yang juga bekerja sebagai tukang cuci mengenali antara satu sama lain dan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.

Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi lapor Harian Metro.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaanyang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan tarikh 23 November ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Baca Juga: Wanita enggan teruskan hubungan cinta ditetak, ditikam teman lelaki kerana terlalu marah

Baca Juga: Rosmah bersalah minta rasuah, terima suapan projek solar hibrid! Ini kronologi kes rasuah jutaan ringgit isteri Najib