Calon PKR di Negeri Sembilan belum muktamad – Aminuddin

  • Post author:

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tiga kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), masih belum dimuktamadkan.

Sebaliknya, Aminuddin berkata, pengumuman mengenai perkara itu dijangka dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya, Rafizi Ramli di Taman Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Taman Kosas, Ampang, Jumaat ini.

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata, seperti sedia maklu, PKR akan bertanding di kerusi Parlimen Rembau, Kuala Pilah dan Port Dickson pada PRU-15 nanti.

Menurut Aminuddin lagi, kedudukannya sendiri sebagai calon yang akan mewakili PH di Parlimen Port Dickson pada PRU-15, masih belum dimuktamadkan selagi watikah tidak diterima.

“Selagi saya tidak dapat watikah belum tentu lagi, orang dah dapat watikah pun boleh bertukar calon.

“Jadi belum tentu lagi, kita tunggu sampai hari penamaan calon, itu adalah calon yang sah, jadi kita sedia maklum Keadilan akan mengadakan pengumuman calon pada 28 Oktober ini untuk umumkan semua calon Keadilan di tempat tersebut dan satu Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Bebas Rasuah, Integriti dan Tadbir Urus Terbaik pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pelancaran buka Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Majlis Bandaraya Seremban, hari ini.

Baca Juga: Whatsapp tidak berfungsi: “Punya laa restart telefon banyak kali”

Baca Juga: Netizen kagum adik ni kecil-kecil lagi dah rajin tolong di kedai