Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung calon parti itu untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Saya akan berbincang dengan Anwar mengenai maklum balas pengundi-pengundi di Sungai Buloh berhubung calon PKR setakat ini. Saya hargai semua pandangan.
“Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai presiden parti,” katanya dalam satu hantaran di Twitter beliau hari ini.
Baru-baru ini, media melaporkan penyandang kerusi Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa telah ‘digugurkan’ menjadi calon PKR pada PRU-15.
Sebaliknya, kerusi Parlimen Sungai Buloh itu digantikan Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk R Ramanan.
Baca Juga: ‘Kembar’ Mira Filzah ditemui di TikTok, netizen doakan wanita ini dapat peluang berlakon