Cara suami ini hiburkan isteri, ala-ala Ariel Noah tengah ‘perform’ di pentas

  • Post author:

Selepas lima tahun, akhirnya kumpulan Noah kembali ke Malaysia dengan ‘Konsert Noah Live In KL’.

Konsert Noah yang berlangsung pada 12 November lalu itu menyaksikan ribuan pengunjung hadir memeriahkan lagi konsert berkenaan.

Namun, dalam keriangan peminat Noah hadir ke konsert itu, terdapat individu yang ‘kecewa’ kerana tidak dapat pergi ke konsert tersebut.

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan di TikTok tacajamal, beliau memuat naik video suaminya sedang menyanyikan lagu Noah bertajuk ‘Bintang Di Syurga’.

‘Persembahan’ itu dibuat demi memujuk hati beliau yang merajuk kerana tidak dapat datang ke konsert Noah.

 

Perkongsian menghiburkan hati itu secara tidak langsung mencuri perhatian netizen apabila gelagat suaminya sama seperti Ariel, umpama sedang ‘perform’ di hadapan penonton.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut sama bahagia melihat kegigihan suaminya memujuk dan menghiburkan hati isteri yang sedang merajuk.

“Betulla orng ckp bahagia tu sederhana,”

“Kenapa aku senyum2 tengok ni!,”

“hahahaha tapi suara dia sedap juga sis!,”

Malah, selepas melihat video itu, ada juga netizen yang menyifatkan dia ingin berkahwin.

Baca Juga: Ada apa dengan angka ’11’ kepada kanak-kanak ini?

Baca Juga: Jambatan sementara pula ditenggelami air, penduduk Gua Musang semakin resah