Che Ta tak kisah orang tegur muka nampak kedut, yang penting rambut masih tiada uban

  • Post author:

Baru-baru ini temu bual selebriti jelita, Rozita Che Wan bersama Media Hiburan menarik perhatian netizen apabila mereka melihat pelakon tersebut kelihatan semakin berusia kerana wajahnya sudah mula berkedut dan mempunyai garisan penuaan yang ketara.

Menjawab persoalan itu, Che Ta dalam temubual bersama mStar mengakui komen-komen dari netizen itu tidak memberi kesan kepadanya kerana memang hakikatnya dia sudah berusia.

Dia juga berkata tiada masalah mengenai hal itu kerana walaupun sudah berusia, dia masih tiada uban malah mampu lagi untuk bekerja.

“Orang kata saya tua. Ya saya memang dah tua. Tak ada masalah mengenai perkara itu kerana meskipun sudah berusia tetapi saya masih mampu untuk bekerja dan menguruskan banyak benda.

“Berkedut itu memang ada dan pada saya golongan muda juga ada kedutan di wajah tapi sehingga sekarang saya masih tiada uban,” katanya.

Dalam pada itu, aktres itu turut meluahkan hasrat untuk menutup aurat dengan lebih baik kerana mengakui dirinya masih belum sempurna selain bagi memenuhi permintaan suami.

“Bila dah berusia ni, saya nak tutup aurat dengan lebih baik, kalau boleh saya nak pakai stoking tangan dan kaki. Bila kita asyik kejar dunia, lambat hendak sampai ke akhirat,” katanya lagi.