Terbaik cikgu! Guru ini tolong keluarkan ular daripada beg murid

  • Post author:

Terima kasih cikgu! Kebiasaannya ucapan itu diungkapkan apabila seorang guru menamatkan sesi pembelajaran di sekolah.

Namun berbeza pula situasi di India, apabila seorang guru berjaya menyelamatkan nyawa anak muridnya apabila menemui seekor ular tedung selar secara tidak sengaja dalam beg sekolah kanak-kanak itu.

Menerusi rakaman video yang kini tular di media sosial, guru lelaki itu dilihat sedang memeriksa beg sekolah kanak-kanak perempuan bernama Uma Rajak di sebuah sekolah kerajaan di negeri Madhya Pradesh.

Sebenarnya, Uma sedang mengeluarkan buku dan pada masa sama merasakan sesuatu bergerak di dalam begnya.

Dia memberitahu cikgunya, lalu gurunya membawa beg itu dengan motosikal ke lokasi yang jauh dari sekolah.

Ketika memeriksa beg tersebut, alangkah terperanjatnya guru itu apabila mendapati ular tedung selar itu sedang berlingkar di sebalik buku-buku.

Disebabkan tindakan pantas guru itu, nyawa Uma dapat diselamatkan.

Baca Juga: Polis berjaya lupuskan dadah bernilai RM720,680

Baca Juga: Bayi perempuan ditemui ditinggalkan dalam beg