Cinta tak kenal siapa… netizen sangka pasangan ini anak dan bapa…

  • Post author:

Cinta tak kenal siapa malah jarak umur bukan penghalang.

Ayat itu sering kita dengar apabila pasangan menjalinkan cinta tanpa mengambil kira usia mereka.

Baru-baru ini tular di Indonesia, perbezaan usia 20 tahun tidak menghalang satu pasangan ini untuk memekarkan lagi rasa cinta antara mereka.

Apa yang mencuit hati, ada yang tersalah anggap bahawa pertalian mereka ini adalah bapa dan anak.

 

Menurut wanita bernama Arin yang berasal dari Bandung itu, dia lahir pada 1996, manakala suaminya dari Purbalingga dilahirkan pada 1976.

Netizen tidak mempercayai hubungan mereka kerana perbezaan usia yang agak jauh. 

“Tidak mengapa jarak umur yang jauh, yang penting saling sayang dan tanggungjawab,”

“Jodoh tidak mengenal usia…asalkan tidak mengambil hak orang lain,” kata seorang lagi netizen.

Menerusi ruangan komen, Arin memberitahu, dia berjaya mendapatkan persetujuan ibu bapa untuk berkahwin dengan suaminya walaupun umur lelaki itu jauh lebih berusia. 

Arin berkata, dia tidak kisah mengenai perbezaan usia dengan suaminya dan mereka bernikah semasa lelaki itu masih bujang.

Baca Juga: Guru mengaji cabul pelajar 20 kali dalam tempoh 2 tahun, mangsa menangis dalam dakapan ibu bila pulang

Baca Juga: Obses dengan kebersihan, wanita ini bersihkan rumah orang tak dikenali secara percuma