Cipta pengering kasut, persembahan kumpulan adik ini kagumkan netizen

  • Post author:

Usia kanak-kanak bukanlah penghalang untuk sekumpulan murid ini mencipta sesuatu yang di luar kotak.

Realitinya, kanak-kanak lebih suka bermain, tetapi siapa sangka apa yang ditunjukkan kali ini jelas membuktikan idea mereka mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Menerusi video dikongsikan di TikTok milik aniezahari, beliau memuat naik video seorang murid bersama rakan kumpulan membuat ‘presention’ tentang pengering kasut ciptaan mereka.

 

Apa yang mengagumkan, mereka mencipta kotak pengering kasut menggunakan ‘hairdryer’ terpakai.

Murid itu berkata, dia terdetik untuk mencipta alat pengering kasut ini kerana sekarang merupakan musim hujan.

Wah! Idea kanak-kanak ini sangat bernas kerana ramai yang tidak terfikir untuk membuat ‘teknologi’ seperti ini.

Biasanya dulu-dulu kalau kasut basah, kita akan tunggu matahari keluar baru jemur kasut atau pun letak kasut di belakang peti sejuk untuk dapat haba panas.

Susulan video tular itu, ramai yang kagum dan mendoakan agar kanak-kanak ini berjaya satu hari nanti.

“Dik kenapa tak cipta dari dulu lagi dik? Tak ada lah saya letak kasut belakang peti ais.”

“Kreatif, berinovasi.. mantap!! 👍👍👍”

Baca Juga: Filem arahan Khabir Bhatia tak lepas tapisan, Talbis Iblis diharamkan di Brunei

Baca Juga: Tahniah Abang Viva dan isteri, netizen kata lepas ni bolehlah naik bot berdua